Friday, 6 February 2015

Rindu Sebenarnyaaaa

Hey. Assalamualaikum. Ada dokkkkkk di antara pembaca pembaca niiiiiii yang tengah merinduiiiii seorang, dua orang, tiga orang, empat orang, lima orang dan lepas ni ada jugak orang maki aku 'wehh kau ni nak tulis blog ka nak suruh orang mengira? Hahaha. Yaaaa merinduii. Rindu yang amat. Tapi orang yang kita tengah rindu tu, tak menghargai pun perasaan rindu tu. Kan? Mesti sakit rasanya. Lepas bila sakit ni. Mula laa nak menggedik dengan drama air mata. Aisehhhhhhhhhhhhhhhhh ╥﹏╥. Tapi jenis aku tak suka dok menggedik menangis depan orang. Yaaaa laaa. Malu kau tau takkk. MAaluuuuu. Bukan jenis menggedik nak menunjuk tu. Menangis kat bantai terpekik pekik err drama sangat nak. Jelas sangat kau tu nak perhatian. ye dak?


Tapi rindu tu kan... rindu tuuu kan.... Ye laa rindu tuu kan lumrah manusia yang bernafas  di muka bumi ni. Kan kan kan. Sekejam mana pun orang tu pastu dia akan ada perasaan rindu aehhhhhh. Jangan dok bohong laa kalau tak rindu tuuu.



Kenapa hati ni dikembalikan dalam keadaan tak sempurna?
It's too hurt you know.




Hmmmm yang sebenar aku rindu sangat. Rindu nak terima chat yang dihantar oleh seseorang yang aku set dalam phone dengan nama Muchie atau pun nama sebenar dia yang tak mampu aku nak hapus dari hati yang degil serupa dengan perangai tuan dia ni ialah nama manusia yang bernama Muhammad Aizat bin Amran. Tahu tak saya rindu sangat nak terima chat dari awak. Saya rindu sangat nak dengar awak panggil saya 'sayang'. Demi Allah saya terlalu rindu.  Saya rindu suara awak. Saya rindu semua kenangan yang kita lalui. Saya rindu nak buat semua tu lagi. Sejujurnya saya sangat rindu awak Aizat. Demi Allah sampai sekarang saya tertanya tanya kenapa awak buat macam ni? Kenapa awak pergi? Mana janji janji awak? Sampai bila saya nak tahan rindu ni ? Saya sayang awak laa. Tapi mesti awak dah sayang orang lain kan. Hmm yang saya ni dok syok sendiri mengharap awak balik. Tapi sampai bila saya nak mengharap ni? Sedaya upaya aku cuba nak cuba nak benci hang tapi masalah dia takboleh. Nak sayang orang lain tapi takboleh laa. Sebab hanya saya mampu nak sayang Aizat..... Aizat..... Aizat...... Aizat...... Hanya dia. Hanya adik jat kak aiyra sorang ni ja yang kak aiyra sayang. Tahu tak selepas adik jat takchat kak aiyra kan, dah takde dah orang yang sent emoticon monyet tu kat kak aiyra. Adik jat. Kak aiyra rindu niii. >_<. Kak aiyra cuba jadi kuat nak membuang adik jat dari hati. Tapi arhhhh. Susah arrrrrrrrr.  Kenapa tahhh. Setiap masa mencuba tapi fedup ar. Takboleh!




Kan best kalau bantal ni bertukar jadi bahu adik jat. 




Ingat lagi tak dulu. Aku selalu  mintak nak buat kat atas tu. Alaaa yang kat atas tu. Tu atas tu. Malu ar nak cakap. Hahaha. Rindu hang tau tak. Aku takboleh nak terima kenyataan yang hang dah tak apa apa apa dengan aku lagi. Haaa nak tanya ni. Adik jat sihat? Dah makan? Haaa mesti sekarang awak merokok lagi kan? Ishhhh hang ni degil tahu tak. Rokok tu bahaya. Apa yang dapat tahhh dok isap tu. Suka la bakar paru paru tuu. Kalau hang isap tu kat depan tu memang aku dah patahkan rokok tuu. Biar ada akal. Isap sangat. Tapi mesti sekarang kalau hang isap aku dah taktahu kan. Yelaa. Hang kan dah menyampah dengan aku.




Hmmm sedih laa bila saya toleh ke tepi dah takde lagi kasih sayang awak.




Mula mula masa awak mula pergi tu. Saya cuba pelbagai cara untuk nak lupakan awak. Saya fikir macam macam  yang buruk pasal awak supaya saya senang nak benci awak tapi takmampu. Saya fikir awak tu penipu. Hipokrit! Selama ni mengaku sayang. Tapi tinggalkan. Hmm time tulis ja benci. Tapi keesokkan harinya. Saya rindu awak balik. Arhhhhhhhhh. Tengok MLM semalam pun dengar lagu #AwakKatMana.
Pastu si Ac Mizal tu boleh pi jawab. Saya kat sini... Saya kat sini... Saya kat sini... Arhhh terasanya. Kalau kita chat mesti hang akan tiru kan. Tapiiiii hang dah tak sudi nak chat dengan si kera yang hodoh ni.. 








Hmmm lepas dah banyak kali saya aku cuba tapi aku tak mampu lupa hang kan. Aku dah bertekad yang aku nak nak tutup selama lamanya pintu hati aku untuk lelaki lain. Aku cuma nak simpan hati ni untuk hang. Dan suatu hari nanti aku akan pergi cari hang dan aku nak camtukan semula hati yang dah terbelah ni. InshaAllah kalau Allah izin pastu akan terjadi.  Tapi kalau saya  tak berjaya jugak saya akan santau awak biaq awak jadi kambing yang TokMan suruh saya jaga tu. Haaa elok sangat laa tu. Kambing tu pun saya letak nama Aizat jugak. Padan muka hang. 




Okay  sekarang ni biar saya kejar cita cita saya dulu. Lepas semuanya okay. Akan cari awak. InshaAllah kalau waktu tu Allah bagi hidup lagi lahh. Hahaha. 




Saya akan terus kuat untuk menagih semula cinta dari awak. 
InshaAllah




Tapi kan agak agak waktu tu hang gedik lagi dak aizat? Ehhh dah la time tu dah tua bangka. TAkkan  nak gedik lagi kot. Kalau la betul gedik lagi. Aku akan tanya macam ni beserta gaya ehh




Pang nak?

Okay ~The End~ 




Ya Allah tolong la biarkan hati ini utuh mencintai dia selamanya. Tu ja yang aku mintak. Tolong tutupkan serapat rapatnya hati aku untuk orang lain, sebab aku pegang kata kata Aizat, hati dia hanya untuk aku dan hati aku hanya untuk dia. Dan biarlah suatu hari nanti aku akan bawa bersama jasad dan cinta untuk Aizat terkubur bersama aku nanti. Amin




Selamanya hati ini akan selalu memuja namamu.
Hanya dirimu harapanku. Untuk ku hidupkan kembali menuai cinta yang hilang tu.




Opss sorry sorry. Sedikit masalah teknikal


Selama aku masih bernafas dan Tuhan mengizinkan. Aku ingin mencintai selamanyaaaaaaa.
 Sekian......














Monday, 2 February 2015

Sastera Si Kupu Kupu

Assalamualaikum.....


Kisah seekor kupu-kupu, seekor kupu-kupu yang amat di sayangi olah ibu bapanya sebab dia anak tunggal. Oleh itu, kupu kupu ini membesar dengan sempurna. Semakin hari kupu kupu pun dah semakin besar. Dah remaja. Pandai laa si kupu kupu ni nak jatuh cinta. Kupu kupu telah pun jatuh kepada Si Putera Hamster. Hamster yang dinamakan Muchie. Si kupu kupu sangat gembira bila cintanya dibalas. Berbahagia laa si kupu kupu bersama Hamster tersebut. Indah bahagianya hidup si kupu kupu. Setiap hari bersama si Hamster.


Si kupu kupu terlalu menyayangi si hamster, terlalu takut nak membayang jika nanti dia akan kehilangan hamster. Sebaik mungkin dia menjaga hati hamster, semakin hari semakin kuat kasihnya pada hamster. Indahnya cinta mereka. Berbunga bunga. Bila tidak berhubung mesti saling rindu rinduan. Tetapi kadang kala ada jugak mereka bergaduh. Tipu laa kalau cakap tak bergaduh langsung. Bumi mana tidak ditimpa hujan kan? Tapi disebabkan kasih sayang yang kuat, setiap kali pergaduhan tidak pernah berpanjangan. Mesti ada salah seorang yang akan mengalah.


Tapi cinta itu tidak bertahan lama. Dalam 3 bulan setengah, si hamster telah berubah. Sikapnya tak seperti dulu. Mungkin dia menyedari yang si kupu kupu ini tidaklah secantik seperti rama rama. Dia mula menjauhkan diri dari kupu kupu. Tidak lagi menyayangi kupu kupu. Dan suatu pagi yang indah dia telah pergi meninggalkan si kupu kupu dengan tanda tanya tanpa sebab yang kukuh. Adakah ini semua adil untuk si kupu kupu? Kenapa hamster? Kenapa?


Tidak tahukah dia betapa sayangnya si kupu kupu kepadanya? Kenapa dia meninggalkan si kupu kupu? Dia tidak tahu kah yang si kupu kupu memerlukan dia? Kepada siapa si kupu kupu hendak mengadu? Kepada siapa si kupu kupu hendak bermanja? Kupu kupu tiada siapa. Tiada kakak dan jugak abang. Kupu kupu berseorangan. Ibu dan ayah si kupu kupu sentiasa sibuk mengejar harta dunia. Kenapa dia tinggalkan kupu kupu?


Kupu kupu bertanya hatinya perlukah kupu kupu merelakan kepergian hamster? Adakah kupu kupu mampu melalui hari harinya tanpa si hamster. Adakah mampu kupu kupu nak terus terbang bila sayapnya dipatahkan? Adakah mampu hati si kupu kupu yang lembut itu menerima kepergian hamster dengan penuh tanda tanya.


Demi Allah kupu kupu tak merelakan kepergian hamster. Kupu kupu hanya menganggap ini satu igauan ngeri yang dia sedang alami. Kupu kupu berharap dia sedang bermimpi di alam yang dia mengangap sebagai sebuah realiti.



Sudah!! Cukup kupu kupu. Beberapa kali kupu kupu menampar pipinya. Sampai merah. Di depan cermin kupu kupu cuba mengingatkan dirinya. Dia tidak bermimpi. Hamster yang di sanjung hati si kupu kupu itu memang benar, dia telah meninggalkan kupu kupu.



Bayangkan betapa remuknya hati si kupu kupu. Tapi kupu kupu takboleh terus dilamun mimpi. Dia harus bangkit untuk berhadapan dengan kenyataan yang si hamster bukan untuk hatinya lagi. Kupu kupu harus jadi gadis yang kuat. Kupu kupu harus sedar dia harus tabah menghadapi sebuah kenyataan. Dia habis kuatkan kakinya melangkah walaupun sejujurnya dia tahu dia takmampu.



Masih dia ingat indahnya saat dia bermesra dengan hamster saat yang paling buat si kupu kupu mengenang. Sekali lagi kupu kupu terjatuh dalam kesedihan. Hamster engkau masih yang terindah dalam hati si kupu kupu. Kenapa kisah cinta si kupu kupu dengan hamster kena berakhir macam ni?
Tapi sampai bila kupu kupu nak terus bersedih? Mau takmahu tapi tetap kena mahu. Satu hakikat yang harus kupu kupu telan. Hamster bukan miliknya lagi.


Kupu kupu wajib merelakan kepergian si hamster, mungkin semua ini yang terbaik. Sememangnya si kupu kupu memerlukan jawapan kenapa si hamster berbuat demikian tapi takmungkin lagi hamster sudi menjawab. Mungkinkah si hamster sudah membenci perangai manja si kupu kupu ini. Kupu kupu harus merelakan....tapi disudut hati kecik kupu kupu, dia selalu berkata. Hamster kembali lah..