Monday, 2 February 2015

Sastera Si Kupu Kupu

Assalamualaikum.....


Kisah seekor kupu-kupu, seekor kupu-kupu yang amat di sayangi olah ibu bapanya sebab dia anak tunggal. Oleh itu, kupu kupu ini membesar dengan sempurna. Semakin hari kupu kupu pun dah semakin besar. Dah remaja. Pandai laa si kupu kupu ni nak jatuh cinta. Kupu kupu telah pun jatuh kepada Si Putera Hamster. Hamster yang dinamakan Muchie. Si kupu kupu sangat gembira bila cintanya dibalas. Berbahagia laa si kupu kupu bersama Hamster tersebut. Indah bahagianya hidup si kupu kupu. Setiap hari bersama si Hamster.


Si kupu kupu terlalu menyayangi si hamster, terlalu takut nak membayang jika nanti dia akan kehilangan hamster. Sebaik mungkin dia menjaga hati hamster, semakin hari semakin kuat kasihnya pada hamster. Indahnya cinta mereka. Berbunga bunga. Bila tidak berhubung mesti saling rindu rinduan. Tetapi kadang kala ada jugak mereka bergaduh. Tipu laa kalau cakap tak bergaduh langsung. Bumi mana tidak ditimpa hujan kan? Tapi disebabkan kasih sayang yang kuat, setiap kali pergaduhan tidak pernah berpanjangan. Mesti ada salah seorang yang akan mengalah.


Tapi cinta itu tidak bertahan lama. Dalam 3 bulan setengah, si hamster telah berubah. Sikapnya tak seperti dulu. Mungkin dia menyedari yang si kupu kupu ini tidaklah secantik seperti rama rama. Dia mula menjauhkan diri dari kupu kupu. Tidak lagi menyayangi kupu kupu. Dan suatu pagi yang indah dia telah pergi meninggalkan si kupu kupu dengan tanda tanya tanpa sebab yang kukuh. Adakah ini semua adil untuk si kupu kupu? Kenapa hamster? Kenapa?


Tidak tahukah dia betapa sayangnya si kupu kupu kepadanya? Kenapa dia meninggalkan si kupu kupu? Dia tidak tahu kah yang si kupu kupu memerlukan dia? Kepada siapa si kupu kupu hendak mengadu? Kepada siapa si kupu kupu hendak bermanja? Kupu kupu tiada siapa. Tiada kakak dan jugak abang. Kupu kupu berseorangan. Ibu dan ayah si kupu kupu sentiasa sibuk mengejar harta dunia. Kenapa dia tinggalkan kupu kupu?


Kupu kupu bertanya hatinya perlukah kupu kupu merelakan kepergian hamster? Adakah kupu kupu mampu melalui hari harinya tanpa si hamster. Adakah mampu kupu kupu nak terus terbang bila sayapnya dipatahkan? Adakah mampu hati si kupu kupu yang lembut itu menerima kepergian hamster dengan penuh tanda tanya.


Demi Allah kupu kupu tak merelakan kepergian hamster. Kupu kupu hanya menganggap ini satu igauan ngeri yang dia sedang alami. Kupu kupu berharap dia sedang bermimpi di alam yang dia mengangap sebagai sebuah realiti.



Sudah!! Cukup kupu kupu. Beberapa kali kupu kupu menampar pipinya. Sampai merah. Di depan cermin kupu kupu cuba mengingatkan dirinya. Dia tidak bermimpi. Hamster yang di sanjung hati si kupu kupu itu memang benar, dia telah meninggalkan kupu kupu.



Bayangkan betapa remuknya hati si kupu kupu. Tapi kupu kupu takboleh terus dilamun mimpi. Dia harus bangkit untuk berhadapan dengan kenyataan yang si hamster bukan untuk hatinya lagi. Kupu kupu harus jadi gadis yang kuat. Kupu kupu harus sedar dia harus tabah menghadapi sebuah kenyataan. Dia habis kuatkan kakinya melangkah walaupun sejujurnya dia tahu dia takmampu.



Masih dia ingat indahnya saat dia bermesra dengan hamster saat yang paling buat si kupu kupu mengenang. Sekali lagi kupu kupu terjatuh dalam kesedihan. Hamster engkau masih yang terindah dalam hati si kupu kupu. Kenapa kisah cinta si kupu kupu dengan hamster kena berakhir macam ni?
Tapi sampai bila kupu kupu nak terus bersedih? Mau takmahu tapi tetap kena mahu. Satu hakikat yang harus kupu kupu telan. Hamster bukan miliknya lagi.


Kupu kupu wajib merelakan kepergian si hamster, mungkin semua ini yang terbaik. Sememangnya si kupu kupu memerlukan jawapan kenapa si hamster berbuat demikian tapi takmungkin lagi hamster sudi menjawab. Mungkinkah si hamster sudah membenci perangai manja si kupu kupu ini. Kupu kupu harus merelakan....tapi disudut hati kecik kupu kupu, dia selalu berkata. Hamster kembali lah..



No comments:

Post a Comment