Friday, 30 January 2015

Kisah Hati

Assalammualaikum.... Oiii tajuk. Haha haritu ada kan aku cakap nak cita pasal Muchie. Haa ni aku cita. Mana yang dok mintak sangat aku cita tu. Baca tauu.


Tengah tengah dok berwechat pastu ada manusia add aku. Tanpa fikir panjang aku pun approve la. Bila dah app tiba tiba dia sent chat "Hye" Aisyeehhhh salam mana? Nasib baik aku takdak anak kalau tak jangan harap aku ambik kau jadi menantu. Hahaha. Aku pun dok fikir la. Nak balas ka dak eh. Al maklum lah sombong kan. Tapi dah cuba nak jadi peramah. Okay disebabkan nak jadi peramah aku pun reply la chat budak yang pakai nama " Husband Ruby" tu. Aku pun "Hii" la balik. Pastu dia reply lagi "Intro" Errr melampau mamat ni orang dah reply hang nak intro intro bagai lagi. Hang ingat aku suka sangat ka dok berintro ni. Bluerkkkkk ^w^
Aku pun dengan sopan reply la "You first" dengan harapan dia tak reply dah. Tapiiiiiiiiiiii hmmm dia reply lagiii ≥﹏≤. Mak aiiii. Dia reply macam ni "Ijat, 17, KL" huwaaaaaaa. Ooookay tua setahun. Aku pun "I'm Aiyra 16 Kedah" nak ja aku tulis bye tapi aku taklah sekejam tu. Dia pun "Nice to meet you" aku pun panas dah, dalam hati " Ishhh manusia ni. Nama berhusband bagai, comfirm la dah ada awek, tapi yang hang dok menggedik chat chot chit aku lagi tu kenapa. Nasib baik mood aku time tu elok, kalau tak tahu la nasib kau monyet.... Err Penampaq nak? Pastu aku reply muka senyum ja. Dia reply pulak dah "Muka awak macam Arianna Rose la" pulakkkkk 〒_〒. Ehh kejap Arianna Rose la. Wahhhhh. Aku balas ehh "Takde la" kononnya takde padahal dalam hati wiiiiiiiiiiiiiii Arianna Rose cheqqq oiii. Hampa ada? Dia reply "eh betul laaaa" ishh aku naik menyampah dah. Tak suka dok chat bagai ni. Lepas tu aku pun diam la. Membisu seribu bahasa laa kami berdua selepas itu tanpa bertegur sapa.

Hidup la kami berdua tanpa peduli dan tak ingat langsung antara satu sama lain. Lepas tu aku bukak la moments aku. Tarikh hari tu 20 April kalau tak silap. Tiba tiba moments manusia tu muncul pulak. Tulis ayat sedih laa kononnyaaa. Alelelele. Kesian.... Baru lepas putus cinta la konon dia tuuu +_+. Pastu dia post lagi. Err ayat sedih mak nenek bagai. Eiii aku menyampah kau tau tak. Lelaki tapi berjiwang. >_<. Pastu lepas tu dia pun diam. Oooo mamat ni dengar kot aku kutuk dia. Ngehngehngeh. T____T. Keesokkan harinya. Laaa dia post lagi. Poyo ar mamat ni. Arghhhhhh...
Aku pun tekad nak comment. Nak maki oooo weh dia tengah sedih tu takkan nak maki kot. Try bagi semangat dulu kalau dia sedih lagi nanti hang belasah laa dia cukup cukup. Pastu lepas dia baca comment aku dia pun okay la kot. Pastu dia chat "Thanks atas nasihat awak" ehhh kau nampak tak ayat politik orang nak mula chat? Hahaha. Aku pun balas la "Eh takde la. Jangan sedih kay" pastu berchit chat la kami dua orang manusia ni. Tiba tiba dia cakap "Jom couple" Mak Aiiiiii. Aku terkaku seribu bahasa. Off data tidoq. Bye ^ω^. Keesokkan aku pun reply. "Awak merepek apa ni?" pastu aku taktau la apa jadi lupa dah. Tak ingat apa kami chat. Aku pun couple la ngan dia. Jujur wa cakap sama luuu. Aku tak sayang pun kat Aizat tu. Hihihihihi. Pengakuan jujur ikhlas ni. Aku terima dia pun sebab suka suka ja. Lepas tu berchat la dok berawak saya pe semua. Tapi tak rasa macam couple pun. Ya laa baru kan. Aku pun jenis bangsa bukan ada hati dan perasaan sangat. Pastu dia pergi mana tah hilang 2 minggu, tup tup pastu chat balik dia cakap phone dia rosak. See? Cane nak sayang. Dia macam chips more lagi. Kejap ada kejap takde. Err. Tapi lepas tu kami ada laa bersweet sikit. Hati tu pun mula laa nak bersayang kat abang Aizat I nii. Lepas tu bila dah mula bersayang bagai tuuu. Aku kena pi Summer Camp. Pulakkk ╥﹏╥. Aisyehhh bersedih la beliau . Gf nak kena pergi Summer Camp selama 4 Hari 3 Malam laa katakan. Time sedih tu macam aku nak pi berperang dengan Israel kau tahu tak. Dok berotp la. Lepas tu aku pun pergi. Arhhhh tak best la aktiviti kali ni. Tiba tiba hati aku terdetik kalau dapat chat atok typo kan baik. Haa aku panggil dia atok sebab nak lain dari yang lain kononnya tu. Pastu typo tu pulak sebab dia ni hebat gila typo dia. Teruk.... Sampaikan aku suruh dia letak nickname dia Mr.Typo. Haha mendengar kata la si monyet ni pun letak nickname tu. T___T. Okay berbalik pada kisah aku terfikir nak chat dia tadi, kau bayangkan tengah dok jalan aktiviti riadah tuu aku boleh terbayang nak chat dia lagi. Acehhhhhhhhh. Rindu dia letttewww. Pastu aku pun dapat balik, 4 hari berlalu la kan. Sampai ja di rumah terus dapatkan phone. Nak chat bongok tu la. Aku punya la rindu tapi bila dah chat dok berhai hai semua kau tahu tak dia balas apa? Dia boleh balas "dapat bf baru tak kat sana" T____T. Eiii Aizat kau ni nak kena penyepak ni. Aku tak habis habis fikirkan kau, kau boleh pi tanya soalan camtu. Err >_<. Kami pun kembali la bercintan cintun seperti biasa. Lepas tu pada suatu petang aku boring Ya Rabbi. Hmmm nak buat apa eh? Haa try call si bongok tu. Dia pun jawab. Haha menggedik la dua hamba Allah ni. Pastu kami pun jadi jauh balik. Aku taktahu punca dia. Maybe sebab dia busy kat sekolah kot dan dia masih lagi sayangkan ex dia. Ehhh aku cakap tak boleh jadi ni. Kena dekatkan balik. Aku dah sayang kat dia dah ni. Aku pun call la dia. Dapat tapi dia tak jawab. Aku try lagi. Dia dah off phone. Lepas tu memang dah tak dapat la nak contact dia. Arhhhhh dia dah menghilang. Woiii pergi macam tu ja? Tak cakap pun kenapa, takbagitau pun apa salah aku. Errr senangnya hang buat. Hang tau tak betapa sentapnya aku rasa time tu. Sedih bila aku dah mula sayang tapi dia hancurkan semuanya. Tahu tak betapa susahnya aku nak cuba sayang hang tapi hang pecahkan hati aku. Okay kena cuba sekali lagi. Aku kena cuba lupakan dia pulak. Cuba cuba cuba dan cuba. Air mata tolong aku takmau hang teman aku. Okay aku teruskan hidup aku dengan kepala hotak dipenuhi dengan si kejam tu. Tapi aku bersyukur la sebab kawan selalu bagi nasihat. Depa semua faham aku. Sampaikan depa cakap kalau "kalau kami dapat Aizat tu, mampoih la dia" hahaha taktau la kawan kawan aku berdendam ni. Ayokk . Lepastu Si Dastin kawan Aizat tu ada jugak la chat aku cakap jangan sedih sedih. Okay la semua aku tak sedih sebab si bongok ni (╯3╰). Jangan risau aku kuat. Okay Aizat aku lepaskan hang dari hati aku. Bye


Bila hati dah mula nak okay dia pun kembali T____T . Oiii kau ni dah kenapa ahh. Dulu kau buat aku sayang kat kau pastu kau blah. Bila hati aku dah nak okay kau balik pulak. Kenapa kau suka sangat seksa hidup aku. Tak guna arhh kau ni. Kau add wechat aku pastu kau senang senang je cakap sorry. Kau tak fikir ke perasaan aku sebelum ni. Ada kau fikir tak pasal hati aku? Kau kejam kau tahu tak. Okay aku maafkan kau! 〒_〒. Pastu kau chat. Kononnya nak bermesra la. Eleyhhh. Kau ingat hati aku ni besi ke apa? Arhhhh aku benci kau. Kau anggap aku ni macam Barbie Doll yang aku letak nama Alexa tu eh? Kalau macam tu baik kau takpayah bercinta dengan manusia. Baik kau pergi bercinta dengan anak patung ja! Errr Perasaan aku time marah + sedih + kecewa + gila babi semua bercampur menjadi satu. Serious aku cakap memang aku gila tak keruan melompat katil semua cukup. Kenapa hah kau balik !!>_<


Aku taktahu apa yang aku fikir. Serious aku jadi tak keruan sangat. Pastu petang tu Wani ngan Aimi ajak jumpa dekat kedai makan apatah. Time jumpa tu Aimi tanya aku, dia marah.. "Hang ni kenapa hah bangang? awat macam orang gila sangat. Semalam call aku dok gelak pastu teriak. Hang dah gila ka? Errr bertubi tubi dia soal aku. Kenapa semua orang dok bagi tekanan kat aku ni. Depa taktau ka apa yang aku rasa? Cakap senang la weh. Pastu aku pi toilet kot. Tinggal phone Wanie pun dengan pantas macam ejen bagai dok curi id Aizat sebab nak maki. Oiii sumpah macam drama la hang Wanie oi. Hahaha. Lepas balik dari toilet tu aku order makanan sebanyak mungkin. Aku makan ja. Walaupun perut aku penuh tapi aku makan jugak tak peduli la. Aku makan dengan harapan otak aku dapat lupa Aizat. Aku terus makan makan makan makan dan makan. Waktu tu memang aku gila. Pastu Aimi tanya "wehh makan apa sampai camni? Hang bela saka ka?" pastu dia tanya aku lagi "Hang sayang Aizat lagi ka?" Arhhh lepas dia tanya soalan tu otak aku sentiasa tertanya tanya. Aku sayang dia lagi ka? Yes aku sayang si bangang tu lagi >_<. Pastu balik rumah kau baca balik chat aku dengan Aizat. Lepas baca aku pegang spongebob aku. Aku tumbuk spongebob tu, aku gigit, aku lambung aku buat semua la. Pastu aku taktau macam mana aku boleh tertidoq. Aku sedaq sedaq ja ayah aku gerak. "Hey bangun, anak dara tak elok bangun lewat." Huwaaaaa ╥﹏╥ ayah kenapa gerak, takmau bangun tau tak sakit, sakit sangat. Ayah ada pisau tak? Nak pinjam, nak belah dada ni, nak keluarkan hati pastu nak basuh, nak buang nama "AIZAT" Pastu saya masukkan hati saya balik. Hahahahaha. Lepas tu perut aku pun mulai la terasa sakitnya. Haaa tu la akibatnya makan macam orang tak makan 2 tahun. Pastu aku pun kena la cirit birit muntah muntah sampai muka pucat macam orang nak mati lagi dua minit. Errr makan lagi lain kali. Pastu ayah aku risau la anak dia camtu. Dengan cemas kami pi la ke hospital. Lepas kena tambah air pe semua, aku pun gedik pi snap pic tangan berjarum tu. Hihihi nak post kat wechat la konon. Wanie tengok moments aku, dia pun mula geram dah kat Aizat. Hahaha. Dia chat Aizat kot pakai wechat lama dia, dia maki ka apa tu aku taktau la. Lepas tu Wanie cita kata aku sakit. Laahhh aku sakit sikit ja weh. Cirit birit bukan koma. Pastu Aizat chat "Aiyra, awak kenapa ni" tuewwww dia tanya lagi. Errr . Sebab hang laaa!! +_+. Tanya lagi. Errr.Tapi aku pun berlakon macam seseorang yang tabah, aku pun reply "Saya okay ^_^."

Pastu semuanya okay. Aku pun sihat. Tapiiii hati aku tak sembuh lagi tau. Pastu aku pun pi la kenduri maklong aku kahwin, dapat suami baru cheq oi. Time kenduri kahwin tu "Aiza cousin aku call "Hello weh, aku nak gambar maklong kahwin dengan husband baru dia. Sent kat whatsapp tau" Ait aku mana ada whatsapp, wechat ada la. Ishhh dia ni menyusahkan betoi la. Okay la nanti aku install la whatsapp tu. Pastu aku malas la nak pakai phone aku. Aku install pakai phone mak aku. Hahaha anak bertuah katakan. Aku taktahu la cena number Aizat boleh ada kat mak aku. Bila dah install tu aku nak sent la pic maklong tu. Nak sent ke Aiza tersilap sent ke Aizat.Maklum la nama nak samakan. Cuma buang 'T' ja. Alamakkkkkkkk ≥﹏≤. Silap sent. Ehhh kejap Profile Picture dia ngan pompuan lain la. Arhhhhhhhhhhhh. Weh weh weh  lajunya airmata turun ni weh. Pastu aku taktau nak buat apa. Aku call Wanie. Aku teriak kat dia sesungguhnya. Pastu Wanie cakap "Dia ni melampau ni, dah ada awek tapi kembali balik dok hegeh hegeh kat hang buat apa" hahaha jujur kawan kawan aku lagi over dari aku. Kan? Pastu Wanie buat apa tah. Maki Aizat kot. See? Aku rasa dah terlampau banyak pahala si Wanie ni sampai dia boleh sukahati nak maki anak teruna orang sesuka hati. Nasib baik abang Aizat I ni penyabar, kalau takk hang makan penampar la Wanie. Hihihihihi.  Pastu Aizat call aku. Err "Tu kawan saya la" "Kawan ja"  "Tu kawan saya" "Awak, tu kawan saya la" Bersungguh sungguh dia yakinkan aku. Cakap tu kawan dia, hmmm Gambar tu biasa ja, takdak berpeluk apapun. Tapi dah spontan aku nampak, mesti terkejut. Haha mengada kan kera ni? Pastu dia cakap sesuatu yang tak mungkin aku lupa "Saya sayang awak, please terima saya balik" Aiyoooo. Tapi aku tak percayakan dia sepenuhnya lagi. Sebab aku baru terluka sebab dia kan. Okay aku cuba percayakan dia. Tapi kami kembali bersama la. Hahaha kali ni dia lagi 10 kali ganda gedik tau. TAk sangka pulak aku Aizat ni peramah. Hahahahahaa.


Lepas tu aku rasa terlalu berharga hubungan ni. Aku sayang Aizat. Tapi sekarang ni aku rasa kami dah semakin menjauh. Dia semakin sibuk. Takpa kalau sibuk betul aku faham. Tapi kalaulah aku tau yang dia tak setia, Ya Allah tolonglah buang jauh jauh nama dia dari hati aku. Aku rasa dah penat aku terluka aku taklarat dah nak menangis dah. Muchie buatlah apa yang awak rasa betul dan terbaik untuk hidup awak eh. Sekian....

Thursday, 29 January 2015

Misteri Flying Dutchman




Kisah kapal misteri Flying Dutchman yang berkaitan dengan laut kembali beberapa abad lalu. Dikatakan kapal Flying Dutchman, "kapal hantu" dilihat oleh orang ramai di seluruh dunia selama beratus-ratus tahun. Ada yang mengatakan bahawa sesiapa melihat kapal dan hantu kapal Dutchman akan membawa nasib buruk ke atas kapal dan kapal mereka mungkin akan karam.
Menurut fakta, kapal ini hanya nampak di kejauhan dengan sinaran cahaya samar-samar di malam hari.
Ia mungkin berasal dari cerita dongeng abad ke-17. Beratus-ratus tahun versi cerita ini wujud dan menakutkan para pelayar-pelayar Inggeris sehingga ke abad-20. Kisah kapal Flying Dutchman ini juga diadaptasikan dalam siri filem lakonan Johnny Depp dan Penelope Cruz, The Pirates Of Caribbean.


Ramai yang mengatakan, mereka pernah terserempak dengan kapal berhantu tersebut terutama di sekitar Cape of Good Hope, Afrika.
Kisah dan sejarah kapal hantu The Flying Dutchman
Pelayar kapal ini dikatakan bernama Hendrick Van der Decken berasal dari Belanda. Kapten Hendric,
Kapal dan misteri The Flying Dutchman adalah kapal hantu legenda yang tidak dapat berlabuh di daratan atau singgah mana-mana pelabuhan.
Kapten Falkenburg yang telah disumpah bersama-sama anak kapalnya itu menjadi jasad hidup dan berlayar di tujuh lautan untuk selama-lamanya sehingga ke hari kiamat.
Mengapa ia menjadi sebuah kapal berhantu?
Menurut legenda, Kapten Hendrick Van der Decken disyaki meminta bantuan iblis/jembalang laut untuk pelindungan dari badai dan taufan semasa pelayaran.


Namun ditengah pelayarannya ke Cape of Good Hope tiba-tiba cuaca buruk,ribut taufan melanda di depan kapal mereka dengan dasyat. Lalu, salah seorang anak kapal meminta supaya pelayaran dihentikan. Tetapi kapten Hendrick tidak mahu, lalu dia berkata...
"aku bersumpah tidak akan berundur dan akan terus membelah badai dan ribut untuk mencapai bandar tujuanku, atau aku beserta semua anak kapal akan terlaknat selama-lamanya jika kita semua berundur".
Tiba-tiba badai dengan dasyat menghentam kapal itu sehingga mereka kalah melawan badai dan akhirnya kapal mereka karam.


Mereka ditimpa sumpahan laknat
Dan dengan itu maka terkutuklah selama-lamanya Kapten Hendrick bersama para anak kapalnya itu dan menjadi jasad hidup dan berlayar di tujuh lautan untuk selama-lamanya.
Konon, Kapal tersebut dikutuk untuk melayari 7 lautan sampai akhir zaman. lalu cerita itu tersebar sangat cepat ke seluruh dunia.


FAKTA - FAKTA LAIN

Sumber lain juga ada menyebutkan, mereka diserangan wabak penyakit berbahaya di kalangan anak-anak kapal sehingga mereka tidak dibenarkan untuk berlabuh di mana-mana pelabuhan.Mereka semua mati semasa dalam pelayaran oleh kerana diserang wabak penyakit.


Sejak itu, kapal dan awaknya dihukum untuk selalu berlayar, tidak pernah berlabuh di daratan.
Menurut beberapa versi, ini terjadi pada tahun 1641, dan ada sumber yang lain meneka tahun 1680 atau 1729. Terneuzen (Belanda) disebut sebagai rumah legenda Flying Dutchman, Van der Decken, seorang kapten yang mengutuk Tuhan dan telah dihukum untuk mengharungi lautan selamanya, telah diceritakan dalam novel karya Frederick Marryat - The Phantom Ship dan Richard Wagner opera.
Banyak saksi yang mengaku telah melihat kapal hantu ini. Pada tahun 1939 kapal ini kelihatan di Mulkzenberg.


Kapal Flying Dutchman dikatakan sering dilihat pada abad ke-19 dan ke-20. Menurut fakta yang dilaporkan, kapal itu bercahaya suram melintasi kapal-kapal lain.
Jika kapal Flying Dutchman melalui kapal-kapal lain, anak kapal Flying Dutchman akan cuba untuk menghantar mesej pada daratan, atau kepada roh-roh orang-orang yang telah lama mati di daratan.


Pertemuan yang tidak diduga dengan kapal The Flying Dutchman akan mengundang bahaya kepada kelasi-kelasi kapal dan mereka mempunyai cara untuk mengelak daripada kapal berhantu tersebut dengan memasangkan ladam kuda di kapal mereka untuk perlindungan.
Penemuan Yang Direkodkan.


1823 : Kapten Oweb , HMS Leven mendakwa telah dua kali terserempak dengan TFD.

1853: Semasa kapal british dilanda ribut , sebuah kapal yang didakwa sebagai TFD secara tiba-tiba telah melanggar kapal mereka dan tiba-tiba hilang begitu saja.

1881 : Tiga orang anak kapal HMS Bacchante termasuk King George V telah melihat sebuat kapal berhantu yang berlayar menentang arus kapal mereka.Keesokan harinya , salah seorang daripada mereka ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan.

1879 : Anak kapal SS Pretoria juga pernah melihat kapal berhantu tersebut.

1911  : Sebuah kapal yang menangkap ikan paus hampir berlanggar dengan kapal berhantu TFD

 1939 : Beberapa orang di sebuah pantai terkejut kerana melihat sebuah kapal usang yang tiba-tiba HILANG!!

1941 : Saksi dipantai Glencairn mendakwa sebuah kapal usang merempuh sebuah batu dan juga hilang.

1942 : Empat orang saksi telah melihat sebuah kapal memasuki perairan Table Bay kemudian hilang.Seorang pegawai telah merekodkan penemuan tersebut di dalam log kapalnya.

1959 : Sebuah kapal Straat Magelhaen hampir berlanggar dengan kapal berhantu TFD.

Benar atau tidak...wallahualam...siapa yang menjadi saksi mendengar sumpahan Kapten Hendrick? Dan siapa yg membawa perkhabaran itu....? Para kelasi (anak kapal) dikhabarkan semua sudah meninggal.
Wallahualam...



HADIS

Dalam hadis Jabir r.a. berkata: Bersabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsananya di atas lautan (dalam riwayat lain di atas air) dan kemudian dia pun mengutus pasukannya.” [HR Muslim (2813)]

Dan juga datang dari hadis Abu Musa r.a. yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dan yang lainnya dan hadis ini sahih. Sebahagian ulama menyebutkan bahawa lautan yang dimaksudkan ialah samudera "Al-Haadi" kerana di sanalah tempat berkumpulnya semua benua.


Nak percaya atau tidak..... Hmmm Ia terpulang kepada anda. Terima Kasih +___+

Saturday, 24 January 2015

Allah.....

Amboi lama sungguh tak tulis blog. Berhabuk dah blog aku kan. Labah labah buat sarang penuh. Ishhhh. Hahaha. Busy laaa kononnya Mak Jemah ni. Sebab tu tak sempat nak menulis blog bagai ni. "Hmmm busy buat apa Mak Jemah oi?"  " Mak Jemah sekarang ni busy meraba Mak Enon."   "Hmmm raba kat mana Mak Jemah?" . Oiii cukup setakat tu, kat mana aku raba kau jangan sibuk! Hahaha.

Sebusy busy kita tapi busy lagi Allah kan. Busy memenuhi permintaan manusia yang takpernah nak puas dengan pemberian, tak pernah nak tahu bersyukur. Bila mintak, Allah takmakbulkan. Hmm mula laa nak salahkan Allah.

"Dia suka orang lain. Dia cakap
tak payahlah taruh harapan sebab
dia taknak. Dia anggap hang
kawan ja, tak lebih."
Telefonnya dicampak ke dinding.
Terduduk. Dia memegang
kepalanya. Ada mutiara jernih
mengalir di pipi.
Cintanya yang pertama, wanita
pertama yang dia suka,
menolaknya tanpa memberi
peluang untuk dia buktikan
cintanya. Kejam.
"Woi, kau ni dah kenapa?" tanya
temannya, Anas yang kebetulan
lalu di bilik Khai.
"Kenapa Allah kejam sangat dekat
aku?"
Anas tersenyum. Kenal sangat
dengan sahabatnya yang sorang
ni. Susah jatuh cinta, tapi bila dah
suka, terluka. Pertama kali pula.
"Allah tak kejam."
"Habistu kenapa Dia buat aku
macamni?"
"Apa yang Dia buat?" tanya Anas
seolah-olah tidak mengerti.
"Kau tahu kan yang aku suka
Wardah?"
"Ha. So?"
"Wardah tolak aku. Tolak sampai
jatuh pulak tu. Sakit."
"Hahahahhahahahhahaha. Kelakar
kau ni. Sedih aku tengok."
"Pehal kau gelak?"
"Hanya sebab ni, kau cakap Allah
kejam?"
".............."
Futur.
Kadang manusia boleh hilang
pertimbangan kepada Tuhan,
hanya kerana secebis ujian.
Sedih.
Siapa kita nak cakap Allah kejam?
Kejam?
Udara yang kau sedut, siapa
punya?
Nikmat kesihatan tubuh badan,
siapa punya?
Makanan, rezeki kau dapat, siapa
punya?
Okay bagitahu, apa yang dekat
dunia ni, kau punya?
"Maka yang mana satu di antara
nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang
hendak kamu dustakan?"
Ayat di atas dipetik daripada
surah ar Rahman, Allah ulang ayat
yang ni sebanyak 31 kali dalam
surah tersebut.
"Takkan sebab cinta yang belum
pasti, yang belum tentu kau
miliki, kau merajuk dengan kerja
Ilahi?"
"........."
"Okay macamni. Umur kau
sekarang 18 tahun. Kalau kau
dapat dia, apa yang kau buat?"
"......."
"Kahwin?"
Terdiam Khai. Tak pernah dia
terfikir.
"Weh kawan, kau yakin ke kau
akan kahwin walaupun bukan
dengan dia?"
"Er?"
"Jadi itu Allah dah tetapkan. Tapi
belum tentu kau akan kahwin."
"Ayat keling apa hang ni?"
"Kalau hang mati sebelum tiba
jodoh, guane?"
Tersentak Khai. Mati? Amalnya
belum cukup.
Cinta itu fitrah.
Jadi landaskannya pada jalan
Allah.
Jangan pernah mengalah, kerana
Syaitan tak pernah mengalah goda
kita dekati zina.
Nak dia? Berdoalah pada Dia.
"Bro, tulang rusuk takkan
tertukar."
Dihadamnya kata-kata Anas. Diam.
Lama.
"Weh."
"Ha?"
"Jangan tinggal aku."
"Ingat derr, hubungan kita dekat
dunia akan putus bila nyawa aku
dah takdak. Selagi ada, adalah
aku."
"Ingat janji kau dulu?"
"Apa?"
"Nanti jangan lupa, lepak sama-
sama dekat Syurga?"
"Haha, ya. Aku ingat."
Anas memusingkan badannya,
membelakangi Khai. Air mata
jernih mengalir di pipinya.
"Takkan nangis? hahaha."
"Mana ada. Gajah masuk mata
ni."
Beringatlah.
Cintakan Pemilik Cinta, baru
cintakan peminjam cinta.
Allah dah tetapkan jodoh kita,
sejak dalam kandungan ibu lagi.
Buatpa kalut kalut peningkan
kepala cari?
"Weh Khai."
"Apa tak guna?"
"Haha lama kau tak panggil aku
macamtu. Em aku nak pesan ni."
"Mende?"
"Nanti bila kau dah masuk
Syurga, dan kau tengok aku
takdak kat sana, tolong. Gapai
tangan aku dekat neraka, pimpin
aku ke SyurgaNya?"
"Kau merepek ape ni?"
"Ya, sahabat yang soleh boleh
bantu sahabatnya. Tolong?"
"Sepatutnya aku yang pesan
dekat kau macamni."
"Sama sama pesan?"
"Haha ya. Sama sama pesan."
Kadang, tanpa kita sedar.
Persahabatan itu lebih indah
daripada percintaan. Ukhwah yang
terbina kerananya, takkan pernah
lekang dek apa pun.
Memori, takkan pernah hilang.
"Jom Khai, aku lapar ni. Cendol
pulut bawah titi jom?"
"Macam biasa?"
"Ya, macam biasa. Aku belanja."
"Haha jom. Dah. Tinggalkan apa
yang Allah tak suka, Allah akan
gantikannya dengan apa yang Dia
redha."
"InsyaAllah. Thanks."
Kawan?
Sampai Syurga.

Allah tak beri apa yang kita mintak tapI Allah beri apa yang kita perlukan. Dia tahu apa yang Dia buat. Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Sebab Allah itu Maha Mengetahui. :-)

Tuesday, 20 January 2015

Biarlah Berguru....

Assalamualaikum....

Di bawah ini akan disenaraikan laman web yang perlu dielakkan, atau perlu berhati-hati apabila membaca atau mengambil apa sahaja artikel di dalamnya :

1. Http://manatuhanallah.blogspot.com/
Blog ini dimiliki oleh fahaman yang cuba menafsirkan al Quran mengikut akal sendiri tanpa bersandar dengan al Quran dan hadith serta melalui ulama muktabar yang mentafsirkannya.

2.http://e-bacaan.com/
Laman ini dibangunkan oleh mereka yang anti hadith

3. http://www.e-mindakita.com/
Laman web ini dipunyai oleh webmaster iaitu Bayau, antara user yang selalu menulis adalah JUANG, dan moderator yang telah sedar telah meletakkan jawatan apabila sudah diterangkan bahawa fahaman yang dibawa oleh moderator dan webmaster adalah ANTI HADITH.


4. http://al-muwahhidun.blogspot.com/
Blog ini didapati membawa fahaman wahhabi salafi yang keras. Bahkan menghukum ahlu sufi sebagai sesat secara total. Hukum Bernasyid pun diharamkan secara total dan dihukum sesat tanpa melihat kepada keharusannya oleh ramai ulamak muktabar yang lain. Rujuk : http://al-muwahhidun.blogspot.com/2009/10/lagi-lagi-berkenaan-nyanyian-dan-muzik.html
Menghukum Jemaah Ikhwanul Muslimin sebagai beraqidah kufur secara total.
5. http://wahabiah.blogspot.com/
Blog ini ada dilinkkan oleh empunya blog MUWAHHIDUN di atas. Menghukum sesat kepada majoriti Ulamak dan Umat Islam yang mengikut aliran asya'iroh di Malaysia dan seluruh dunia. Rujuk : http://wahabiah.blogspot.com/2008/11/berhati-hati-terhadap-beberapa-fahaman.html

6. http://an-nawawi.blogspot.com/

Blog ini kepunyaan seorang pelajar UITM iaitu Nawawi Subandi berfahaman wahhabi salafi. Pernah menghukum Imam an Nawawi dan Imam Ibnu Hajar terkeluar dari Ahlu Sunnah Wal jama'ah.Di dalam blognya ini dilinkkan sekali dengan Rasul Dahri yang pernah menghukum sesat kepada Jemaah Ikhwanul Muslimin secara total dan beliau ini membawa fahaman tasybih (menyerupakan ALlah dengan makhlukNya dan tajsim iaitu Allah itu bertangan, kaki dan sebagainya)Antara blog-blog ditulis oleh Nawawi ini ialah
1. http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com/
2. http://bahaya-syirik.blogspot.com/
3. http://galeriniaga.blogspot.com/
4. http://fiqh-sunnah.blogspot.com/

Pendapat ekstrimnya ialah mengatakan selawat syifa' dan nariyyah itu syirik. Sila rujuk : http://bahaya-syirik.blogspot.com/2008/11/078-syiriknya-selawat-syifa-selawat.html
http://bahaya-syirik.blogspot.com/2008/11/078-syiriknya-selawat-syifa-selawat.html

Hukuman ini telah menjatuhkan hukum Syirik/Kafir kepada ulamak-ulamak Islam yang lain, termasuklah Prof Dr Haron Din, Dato' Ismail Kamus, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dan ramai lagi umat Islam yang mengamalkannya.Persoalan selawat syifa' telah diperjelaskan dengan panjang lebar oleh Darussyifa' dan Ustaz Azhar Idrus


kesimpulan......
Aku taktau nak bagi komen apa sebab ilmu aku ni sangat cetek, tak sampai paras buku lali pun..But to all muslimin please take a notice. Sebab ini bukan kes ringan dah nii. . apa apa pun kalau nak belajar agama, biar laa berguru ( tak semestinya guru tu kena ada kat depan kita) Taksalah kalau nak cari dari laman sosial tapi pastikan sumber yang kita cari tu sah. Sumber yang betul betul mengikut syariat Islam, yang betul betul mengikut jalan Islam yang sebenar. Bukan sumber yang memesongkan agama Islam.

c'est tout.tata

Monday, 19 January 2015

Part Of My Life





DAHSYAT

Aku cinta kamu
Lebih dari hatiku mampu
Pasti jiwa takkan bisa
Hidup tanpa hadirnya kamu

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu

Kita dua hati
Selamanya takkan terpisah
Kau dan aku punya cinta
Paling terindah di dunia

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu
Ohhh

Tiada yang bisa
Mengisi ruang di hati
Aku mohon jangan pergi
Jiwa ini perlu kamu
Ohh.. Wohooohh…
Tetap cinta selama-lamanya

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu
Ohhhh

Tiada yang bisa
Mengisi ruang di hati
Aku mohon jangan pergi
Jiwa ini perlu kamu


Dear Muchie I just want to tell you I LOVE YOU....



SAMPAI MENUTUP MATA


Embun di pagi buta
menebarkan bau asa
detik demi detik ku hitung
inikah saat ku pergi

Oh Tuhan ku cinta dia
berikanlah aku hidup
takkan ku sakiti dia
hukum aku bila terjadi

Aku tak mudah mencintai
aku tak mudah mengaku ku cinta
aku tak mudah mengatakan
aku jatuh cinta

Senandungku hanya untuk cinta
tirakatku hanya untuk engkau
tiada dusta sumpah ku cinta
sampai ku menutup mata
cintaku sampai ku menutup mata





SELAMA KU BERNAFAS


Selagi jantungku berdetak di dalam tubuh
Aku kan menjaga cintamu di dalam hatiku
Selama bintang selalu ada di malam-malammu
Aku kan menjadi cahaya di dalam gelapmu

Andai dia tak bisa denganku
Aku relakan hidupku tanpa cinta, seumur hidupku
Tuhan ku harap sekali saja
Aku bisa mencintai dan dicinta, seumur hidupku

Dan ku berjanji
Seperti mentari yang menemani hari
Dan ku pastikan
Hidupmu tak akan pernah menangis kernaku

Seumur hidupku
Dia sekali saja....

Malas nak guna ayat sebab Monyet ni pemalu sangattttt. Dia kan gedik. So kita pakai ayat berdasarkan lagu je la eh. Boleh?

Sunday, 18 January 2015

Al Kisah.....

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan kepada Puan Norita dan Encik Bakri. Heee. Tahu tak...Dah berkurun anniversary tuuuu terlopehhhhh. Yang aku niii baru laaa terhegeh hegeh nak wishhhh.... Hahaha bukan terhegeh hegeh actually. Tapi sebenarnya aku cari album tak jumpa..... Cari kauuuuu... Kau ingat aku cari main main. Serata rumah aku geledahhhh.. Last last sekali kau tau kat mana aku jumpa? Aku jumpa dekat bawah plastik hitam yang dalamnya mengandungi spender spender yang dah tak terpakai. Tapi aku rasa takda la seteruk spender P.Ramlee dalam cerita Bujang lapok tuuu. See? Betapa hebatnya rumah aku menyimpan khazanah kan kan.. Haaa bila dah jumpa seketul album yang dicari tuu. Maka u pun snap laa.. Terhasil laa gambo macam niiiii..



Punya laa cari macam Mak Enon last last satu ja hang letak? Haha...Malas aku nak letak banyak banyak. Tapi yang peliknyaaaaa kenapa gambar aku takdak dalam niiiiii? Aaaaaaaaaaaa dimanakah aku berada? Hahahahaha kepala hotak hang. Waktu tuuuu hang pun belum dicipta tauuuuuuuuuuuuu. Aihhhhh. Hahahaha just kidding. Aku pun tau laaa. Sengaja nak melawak.

Haaaaaa. Hasil daripada perkahwinan tuuuuu maka lahir laaa sejambak bayi yang dilahirkan secara pembedahannnn. Hmmmmmm kenapa pembedahan? Menurut cerita mak aku kan. Masa aku kat dalam perut, aku ni songsang. Dah cuba dah pusingkan aku. Dari doktor sampai laaaa ke mak bidan. Time dipusing jaa aku menurut bila balik rumah. Makkkk aiiiii aku pun pusing balik. See? Perangai degil ni dah berkuatkuasa dalam diri aku sejak aku di dalam perut lagi. Sampaikan arwah Tok Kiah iaitu nenek aku kata kat Tok Nid, atok aku "degil sungguh cucu bongsu hang ni. Keluar nanti nak kena tarik telinga ni" hahahahaha tarik laa kalau sanggup tok oiii. Disebabkan songsang maka tak boleh laa bersalin normal. Bila aku dah matang, diorang mula laa proses tolak menolak mak aku ke bilik pembedahan. Masa pembedahan tu mak aku rasa badan dia bergetar macam washing machine tengah spin kain. Mak aku sedar sebab half bius ja kot. Tepat jam 2:23 petang. 9/2/1998 aku pun keluar laaa.  Tuuu nampak tak penderitaan seorang ibu nak melahirkan anak dia? Sebab itu laa jangan hairan kenapa darjat seorang ibu disanjung tinggi. Bukan senang dengan berat perut nak bawak kau kehulu kehilir. Kau ingat kau ringan? Lepas tu nak bertarung nyawa beranak kat kau pulak. Tapi ada kan anak yang terajang mak dia, anak yang bunuh mak sendiri. Alahaiiii. Tak kenang jasa sungguh kau ni. Kalau la aku jadi mak hang kan. Dari kecik kecik lagi aku picit hidung hang. Baru hang tau langit tinggi ka rendah. Haaaa. Gerammmmmmm. Okay berbalik pada kisah aku dilahirkan. Selepas semuanya selesai aku pun dimandikan semua. Perut mak aku dah dijahit. Maka datang laa kaum kerabat untuk melihat cucu bongsu Tok Nid ni. Yang datang tu semua cakap aku ni baby boy. Oiiii I'm girl okay. Sampaikan ayah aku pun mai nak azan. Maklum laa time aku keluar tu dia takdak. Tupp tupp mai nak azan. Mak aku cakap Iqamat laa. Perempuan. Ooooo ayah aku pun iqamat lahhhhh anak pertama dia ni. Ehehehehehe

Selepas semuanya okay. Aku pun dah boleh  discharged dah. Bila dah sampai rumah mak aku pun bertungkus lumus laa bukak buku sana bukak buku sini semata mata nak cari nama kat anak sulung dia ni. Ikutkan ayah aku dia nak letak nama Manja ja. Sebab panggilan Manja ni dia panggil sejak aku kat dalam perut lagi. Pastu Tok Nid pun cakap kalau nak letak nama mesti kena ada Nurul.Yuppp Nurul is Cahaya. Okay kalau digabungkan nama yang ayah aku bagi dengan nama Tok Nid nak ia akan menjadi "Nurul Manja" Makkkkk aiiiii sebelum korang gelak. Baik aku gelak dulu. Hahahahahahahahahahaha. Okay dah.
Takkan laa nak letak nama tuuu. Tak sesuai langsung okay. Oleh itu hiduplah aku di atas dunia ni tanpa nama. Hmmmm diorang panggil aku baby jaaa.. Kesian. Lepas tuu ayah aku pi laa beli set bersalin apa tahh kat mak aku. Nama produk tu "Syazira" dihdihdihdihdih T____T
Ayah aku berkenan terus nama tuuu. Tapi Tok Nid kata. Nurul tu dah lembut takkan nak letak Sya lagi. Dua dua lembut. Tak sesuai. Kalau "Sazira" takpa laa. Maka dari haritu aku pun dinamakan Nurul Sazira. Okay selesai sudah proses penamaan tuuu. Errr cerewet sungguh orang tua niiiii. Alahaiiii Tok Nid oiii. Tapi kiranya nama aku ni dinamakan sempena set bersalin yang mak aku guna laaa. Aiyooooo. Takpa laa at least ada nama kannnnn. Hmmm aku tak ingatlah macam mana sejarah orang boleh panggil aku Aiyra. Tapi lagi banyak orang panggil nama tu berbanding nama sebenar aku. Okay lah korang nak panggil laa apa korang nak. Semua boleh. Nurul ka, Aiyra ka, Sazira ka apa apa ja la asalkan sedap dipanggil. Kalau Muchie lagi teruk. Dia panggil aku "Kera" T_____T kuajoooooo. Hahaha redha je laa Aiyra oiiiii. Maka membesar laaa aku sambil memegang title anak tunggal sebab dah besar pun still takde adik. 


It's okay aku taknak sangat pun adik tuuuu. Yolahhh nanti diorang dah tak sayang aku. Tapi kalau ditengok dari perut ayah aku yang dah boyot semacam tuu. Comfirm!! Aku akan dapat adik kembar. Tapi kalau tengok mak I huuuuu mak slim you alll. Cantik sangatttt. Haahaahaha begitu lahhh lahhh Al kisahnya hidup den. Dah 16 Tahun dahh. Bila masuk 9/2/2015 ni aku cukup pulak 17 tahun. Aihhhh tua dah.


 

Saturday, 17 January 2015

Antara Ketawa dan Air Mata

Hiiii pembaca..... Hmmm antara ketawa dan air mata  yang manakah dipilih? Kalau aku, better kita pilih air mata. Sebab air mata ni laaaaaaa lambang kejujuran bila mulut tak mampu nak mengungkapkan kata kata. Bila kita taktahan sangat air mata pasti mengalir kan. Takkan mampu tahan. Tapi kalau ketawa kita boleh berpura pura. Walaupun hati kita tak bahagia tapi tetap kita boleh bunyi HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA. Tapi sebenarnya hati tak bahagia pun. Kaum yang paling suka yang amat mengalirkan air mata ni. Kaum wanita laa kan. Amboiiii suami penampo sikit. Dah menangis, suami ada perempuan lain sikit dah menangis. Padahal cik kakak salah faham ja. Ehhh tu bukan perempuan simpanan la kak. Tu wanita OKU yang suami kakak tolong lintas jalan. Oooo waktu pun mula laa si kakak ni nak "Maafkan saya, bang.. Lepas ni saya tak salah faham lagi," Hahaha takpayah menipu la lepas ni kakak takkan salah faham. Lumrah kita sebagai wanita kak oiii nak bersalah faham ni. Bukan kakak  ja Semua wanita kat dunia ni. Tapi kalau maknyah ke bapok ke. Saya takpasti la macam mana. Tapi yang saya tahu kalau diorang gaduh diorang akan jerit. Eiiiii jangan la tarik bra titewww. Haa kannnnnnn. Lumrah kak oiii. Selagi aura wanita tu ada dalam diri kita selagi tu laaa perasaan curiga, cemburu tu ada. Kalau aura wanita tu tak ada maksudnya orang sekeliling kita kena cakap Innalillahiwainnailaihirajiun... Haa time kita mati baru benda tu akan lesap dalam badan kita. Haaa kalau pasangan kita macam tu. Jangan rimas, jangan terburu buru nak lepaskan dia. Dia buat macam tu sebab dia terlalu sayangkan anda. Kalau lepaskan jugak suka hati laa hak korang. Hahaha. Bila korang rasa nak menangis kan lepaskan jaa. Jangan pendam. Sebab bila pendam rasa sakit tuuu akan bertambah dua kali ganda kan? Menangis laaa. Tapi jangan menangis tanpa sebab or menangis saja saja dia tempat awam. Hahaha nanti takpasal pasal kau bermalam ni Mental Hospital. Haha amekkkk kauuuuuuu..... Air mata ni jugak sebagai salah satu cara mata berbicara apabila mulut sudah tak mampu nak mengungkap kan kata kata kan? Hmmmm perasan tak selepas kita menangis mesti kita rasa mengantuk kan? Haaa kita mengantuk sebab Allah nak kita berehat setelah penat kita menangis dan bersedih. Tapi kaum wanita jangan ingat kita ja menangis. Kaum lelaki pun menangis ye. Tapi aku takpasti sangat bila lelaki ni menangis sebab diorang ni setiap masa nak cover macho jaaa. Lelaki biasa laa hati keras. Tapi taklaa sekeras ketul besi tu. Sebab tak susah pun nak lembutkan hati lelaki ni. Nak tahu tips dia? Hmmm pi tanya Kak Ton. Sebab aku pun taktau jugak....
          Menangislah. Luahkan segala kepedihan hati...

Friday, 16 January 2015

I really miss you, cousin..

Haaa kau nampak title? Haaa tapi jangan la ada orang cakap yang hidup aku hanya mampu terjerumus dalam rindu. Hmm tapi bila cakap pasal rindu ni, wa cakap sama luuu memang aku rindu gila cousin tiang elektrik aku sorang ni. Fia nama dia. Nama sebenar dia ialah Nurul Fitriah tapi setelah direnyukkan, dia pendekkan, di singkatkan, di balingkan, di golekkan maka jadi lah dia FIA. Waktu tu memang kami dua ekor ni minat Ya Rabbi dekat korea. Anyoonyoooo laaa. Dia pun letaklah nama facebook dia Fia Mirtzuka ngok ngek segala. Aku pun tak pahandaiii nak menyebutnyooooo. Susahnya lahaiiii~ Takdak nama lain ka hang nak letak oiii. T__T Okay berbalik pada kisah rindu dia tadi, memang semua ni salah aku. Niat sebenar hanya nak test si mangkuk hayun budak Nizam ni. Tapi disebabkan kebengongan diri sendiri dan tak berbincang apa pun dengan si Fia Nupiot. Yang aku test budak ni, Akhirnya Fia dapat tau paihtu dia boleh salah paham baqhang. Adohaiiiii. Lepastu mula laa sesi aku membisu seribu bahasa bila bertembung muka dia yang bak Intan Ladyana kononnya tuuu. Ada laa sikit dok sindir menyindir kat moments wechat. Hmm time tu geram la jugak. Selepas sindir menyindir tu aku pun tak pasti la dia block aku ka, aku block dia ka. Wallahu'Alam. Setelah habis sesi berblock tu, hiduplah aku menyepi tanpa Fia lagi. Acecece. Haha. Mulalah merindukan Mak Enon niii. Terimbau kenangan yang memang banyak kami kongsi bersama. Tido sekatil, hang bayangkan katil bujang untuk tido sorang tu.. Kami hentam tido dua orang cheq oiii. Aahahahaha. Pastu kami ni kan ala ala gedik sikit lepas kami selalu meraba raba di antara satu sama lain laaa. Biasalaa perempuan sama perempuan. No batas batas perabaaan ye. Suka hati Mak Jemah la mana aku nak raba pun ye! Lepas tu bab paling aku tak boleh lupa time pi beli baju sekolah, habis habis pilih beg dah. Lepas tu dengan muka comey aku ngan Fia pi bagi beg kat PakNgah merangkap ayah si Fia ni laaaa... Orang tua tu punya semangat nak bayar. Sekali tengok amek kau. Beg sample ni hampa nak suruh aku bayar. Dah la tempat bayar beg kat sana. Alahaiii~ Bila ingat balik sumpah lawak. Okay lepas pada sesi kami takbertegur  sapa ni. Aku pun dengan kuatnya semangat aku pi laa rumah si Fia ni. Menyembang cotcitcotcit..... Dengan Yimkoi ni adik Fia yang bongsu. Sampai la ke malam. Aku tido kat rumah Fia. Hmm pada malam tu aku main ngan Aina sat. Lepas tu dukung si Aqil ni sambil dok usha usha si Fia ni. Memang dalam hati nak berbaik tapi malu ngan MakNgah dan sekelian makhluk yang menghuni dalam rumah tuuu.. Hahahaha okay malam dah larut sikit. Semua dah tido. Termasuk la makngah. PEnat menjahitkan kan. Hmmm mak ngah aku tukang jahit. Kalau nak tempah sila chat aku ya. Aku bagi diskaun. Acece. Haa time tu aku pun taktahu nak buat apa, selain main phone aku sembang ngan YimKoi si bangla ni. Sembang sembang. Tup tup dia pun lena tanpa sedarkan diri. YA Allah boring time tu hanya Allah yang tahu. Kepala ni jenguk la ke bilik Fia. Arghhh nampak lampu phone masih menyala. Comfirm tak tidoq lagi ni. Tengok kiri kanan. Line keliaaaa. Semua pun dah tidoq. Tapi time nak melangkah masuk bilik dia kaki ni jadi terkaku beb. Tapi aku gagahkan kaki pendek aku ni melangkah masuk. Time masuk tu aku damn sure yang Fia pun terkejut. Aku pun terkejut macam mana aku ada keberanian masuk kat bilik dia, bila dah masuk aku pun cakap laa. Please jangan layan aku macam ni lagi. Aku rindu hang. Aku sayang hang, takdak sorang pun yang faham aku macam hang buat. Hang tau apa Fia jawab? "Apadia?" huppphupppp. Mak aiii luluhnya. Pastu ada laa drama sikit. Aku menangis, dia pun menangis. Kami pum saling bermaafan selesai laa drama air mata tuu. Aku tak berani nak tidoq ngan dia lagi. So masuk la tidoq ngan mak ngah. Tapi keesokkan harini kami membisu seribu bahasa lagi. Alahaiiii Mak Enon oiii. Selepas beberapa hari. Siang waktu. Aku ni kan jenis bangsa yang tak berapa nak tau putus asa jugak aku pun masuk la kat bilik Fia lagi. Dia tengok aku. Aku pun kata "Jangan layan aku camni" dia nak gelak aku pun nak gelak. Dia nak tarik selimut tutup muka tapi selimut tu tersekat. Hahaha. Dia boleh dalam nada gedik kata kat aku. Aku takbaik lagi. Acecece dok bergurau semua. Dia kata kat aku. Mai internet hang sikit. Hahhaha T___T tak malu. Selepas tu ada laa mesti sikit. Dok bercakap semua. Pastu dok merancang nak hangout. Memang nak hangout ni mak aku hanya benarkan keluar dengan Fia or sepupu aku yang dah berkahwin yang lain. Lepas tu ada laa dok chat kat facebook sikit sikit. Kaku lagi laa. Acecece. Tolonglah sekelian alam doakan aku dapat kembali bersama. Haha I really love you cousin and I'm sorry.
 
Ini lah si budak ego tinggi tu. Haha dia kiri tu. Abaikan bangla kat belakang tu nahh. Okay bye...

Air Mata Muchie

Amboiii kemain lagi tajuknya . Air mata Muchie laa konon. Hakhikhek. Haa pasal Muchie ni dia adalah Adik Jat aku. Errr kalau ditanya Adik Jat tu sapa, errr malas laa nak jawab. Biarlah.... Biarlah apa? Pi tanya Siti Nur Haliza. Haha biarlah rahsia. T____T.
Amboiiii lajunya Kak Aiyra pendek ni menulis. Salam mana Kak? Okay Assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatu. Nahhh amek kauuuuuuuwwwwww. Acececece back to story about "Air Mata Muchie...." Haa aku nak cita kat hampa yang sebelum aku kenal si Muchie bongok ni, aku tak pernah pun kenal apa itu air mata. Tettenettenet... Haa serious!! Time couple dengan si Danish dulu aku bukannya ada perasaan sangat pun. Al maklum laa dia yang beria ria kan, jadi layanan aku kat dia ni macam Firaun layan hamba abdi ja. Anyoooonyooo jahatkan. Ya Allah tolong ampunkan Aiyra, takmau kena karma... Ohhh no dalam Islam we don't have "karma" but we have  "kifarah" acecece macam cita kat Tv3 tu laa. Haa balik kisah Muchie tadi. Indahnya time berkenalan. Dia kata muka I macam Ariana Rose you all.... Hahaha indahnya waktu tuuu. Tapi happy sat ja. Dia pun menghilang. Pi tanpa  bagitau. Tanpa cakap sebab. Tanpa mintak izin. Tanpa bagitau apa salah aku.. Hmmm alasan dia "I'm not ready" . Bab paling best time dia menghilang tu MH370 pun hilang. Aihhh pi cari MH ka apa mamat ni? Taktau nak kata la... Tapi bila hati ni dah okay sikit sikit. Dia kembali pulak dah. Adoiiiii kembali laa buat aku jadi tak keruan macam orang gila terlepas dari wad gila. Aaaaaaaaaaa kenapa hang kembali oii. Kenapa hang add wechat aku balik. Pakai nickname habis comey "Encik Misai" alahaiiii. Dia pun chat la. "Aiyra. Sorry" tuewww senang ja abang Aizat I mintak maaf kan. Hentak kepala kat dinding baru hang tau. Errr. Lepas dia chat ngan si Wanie. Aku taktau la apa depa bergossip pasal aku. Aduhaiiii. Selepas aku jadi meroyan apa semua. Kami pun getback laa. Hmm malas nak cita macam mana kami getback. Maybe di lain entri kot. Hmmm bila getback. Kali pertama aku rasa begitu berharganya hubungan ni. Aku takmau langsung nak sia sia kan peluang ni. Sepenuh hati aku cuma jaga hati dia. Sampaikan takboleh nak sentap sikit. Air mata ni nak turun jaa. Murah sungguh air mata. Ibaratkan kalau jual 2 singgit dua singgit dua singgit..... Haa punya murah. Hahaha. Takboleh sentap sikit cheq oiii. Anyoooonyoooo manja sungguh anak tunggal Mak I sorang ni. Yollaaaa nama pun anak tunggal. Mesti la manja Ya Rabbi. Sayang ooo kat abang Aizat I sorang niii tauuuu. Hahaha. Tambah sekarang ni dia busy. Ayoooooo tak keruan den mikir. Busy beno ke curang ngan awek lain ke? Haa Wallahu'Alam. Tapi kalau betul betul dia buat macam tu. Aku mintak sangat pada Allah tolong lenyapkan nama dia selama-lamanya dari hati aku. Hahaha gila kauuuuu. Mintak simpang laa kot. Okay lahhh. Malas nak cita panjang sebab aku rasa apa yang aku tulis ni memang dah panjang. Taktahu la bagi korang panjang ka tak. Sebab aku tulis pakai phone so takpasti yang blog ni panjang ka dak. Bersertakan adakah blog aku panjang? HAhaha ada ke patut dok cita pasal monyet tup tup terkeluar pasal panjang ke tak. Alahaiiii. Haha. Okay laa malas nak menaip dah. BYE