Saturday, 24 January 2015

Allah.....

Amboi lama sungguh tak tulis blog. Berhabuk dah blog aku kan. Labah labah buat sarang penuh. Ishhhh. Hahaha. Busy laaa kononnya Mak Jemah ni. Sebab tu tak sempat nak menulis blog bagai ni. "Hmmm busy buat apa Mak Jemah oi?"  " Mak Jemah sekarang ni busy meraba Mak Enon."   "Hmmm raba kat mana Mak Jemah?" . Oiii cukup setakat tu, kat mana aku raba kau jangan sibuk! Hahaha.

Sebusy busy kita tapi busy lagi Allah kan. Busy memenuhi permintaan manusia yang takpernah nak puas dengan pemberian, tak pernah nak tahu bersyukur. Bila mintak, Allah takmakbulkan. Hmm mula laa nak salahkan Allah.

"Dia suka orang lain. Dia cakap
tak payahlah taruh harapan sebab
dia taknak. Dia anggap hang
kawan ja, tak lebih."
Telefonnya dicampak ke dinding.
Terduduk. Dia memegang
kepalanya. Ada mutiara jernih
mengalir di pipi.
Cintanya yang pertama, wanita
pertama yang dia suka,
menolaknya tanpa memberi
peluang untuk dia buktikan
cintanya. Kejam.
"Woi, kau ni dah kenapa?" tanya
temannya, Anas yang kebetulan
lalu di bilik Khai.
"Kenapa Allah kejam sangat dekat
aku?"
Anas tersenyum. Kenal sangat
dengan sahabatnya yang sorang
ni. Susah jatuh cinta, tapi bila dah
suka, terluka. Pertama kali pula.
"Allah tak kejam."
"Habistu kenapa Dia buat aku
macamni?"
"Apa yang Dia buat?" tanya Anas
seolah-olah tidak mengerti.
"Kau tahu kan yang aku suka
Wardah?"
"Ha. So?"
"Wardah tolak aku. Tolak sampai
jatuh pulak tu. Sakit."
"Hahahahhahahahhahaha. Kelakar
kau ni. Sedih aku tengok."
"Pehal kau gelak?"
"Hanya sebab ni, kau cakap Allah
kejam?"
".............."
Futur.
Kadang manusia boleh hilang
pertimbangan kepada Tuhan,
hanya kerana secebis ujian.
Sedih.
Siapa kita nak cakap Allah kejam?
Kejam?
Udara yang kau sedut, siapa
punya?
Nikmat kesihatan tubuh badan,
siapa punya?
Makanan, rezeki kau dapat, siapa
punya?
Okay bagitahu, apa yang dekat
dunia ni, kau punya?
"Maka yang mana satu di antara
nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang
hendak kamu dustakan?"
Ayat di atas dipetik daripada
surah ar Rahman, Allah ulang ayat
yang ni sebanyak 31 kali dalam
surah tersebut.
"Takkan sebab cinta yang belum
pasti, yang belum tentu kau
miliki, kau merajuk dengan kerja
Ilahi?"
"........."
"Okay macamni. Umur kau
sekarang 18 tahun. Kalau kau
dapat dia, apa yang kau buat?"
"......."
"Kahwin?"
Terdiam Khai. Tak pernah dia
terfikir.
"Weh kawan, kau yakin ke kau
akan kahwin walaupun bukan
dengan dia?"
"Er?"
"Jadi itu Allah dah tetapkan. Tapi
belum tentu kau akan kahwin."
"Ayat keling apa hang ni?"
"Kalau hang mati sebelum tiba
jodoh, guane?"
Tersentak Khai. Mati? Amalnya
belum cukup.
Cinta itu fitrah.
Jadi landaskannya pada jalan
Allah.
Jangan pernah mengalah, kerana
Syaitan tak pernah mengalah goda
kita dekati zina.
Nak dia? Berdoalah pada Dia.
"Bro, tulang rusuk takkan
tertukar."
Dihadamnya kata-kata Anas. Diam.
Lama.
"Weh."
"Ha?"
"Jangan tinggal aku."
"Ingat derr, hubungan kita dekat
dunia akan putus bila nyawa aku
dah takdak. Selagi ada, adalah
aku."
"Ingat janji kau dulu?"
"Apa?"
"Nanti jangan lupa, lepak sama-
sama dekat Syurga?"
"Haha, ya. Aku ingat."
Anas memusingkan badannya,
membelakangi Khai. Air mata
jernih mengalir di pipinya.
"Takkan nangis? hahaha."
"Mana ada. Gajah masuk mata
ni."
Beringatlah.
Cintakan Pemilik Cinta, baru
cintakan peminjam cinta.
Allah dah tetapkan jodoh kita,
sejak dalam kandungan ibu lagi.
Buatpa kalut kalut peningkan
kepala cari?
"Weh Khai."
"Apa tak guna?"
"Haha lama kau tak panggil aku
macamtu. Em aku nak pesan ni."
"Mende?"
"Nanti bila kau dah masuk
Syurga, dan kau tengok aku
takdak kat sana, tolong. Gapai
tangan aku dekat neraka, pimpin
aku ke SyurgaNya?"
"Kau merepek ape ni?"
"Ya, sahabat yang soleh boleh
bantu sahabatnya. Tolong?"
"Sepatutnya aku yang pesan
dekat kau macamni."
"Sama sama pesan?"
"Haha ya. Sama sama pesan."
Kadang, tanpa kita sedar.
Persahabatan itu lebih indah
daripada percintaan. Ukhwah yang
terbina kerananya, takkan pernah
lekang dek apa pun.
Memori, takkan pernah hilang.
"Jom Khai, aku lapar ni. Cendol
pulut bawah titi jom?"
"Macam biasa?"
"Ya, macam biasa. Aku belanja."
"Haha jom. Dah. Tinggalkan apa
yang Allah tak suka, Allah akan
gantikannya dengan apa yang Dia
redha."
"InsyaAllah. Thanks."
Kawan?
Sampai Syurga.

Allah tak beri apa yang kita mintak tapI Allah beri apa yang kita perlukan. Dia tahu apa yang Dia buat. Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Sebab Allah itu Maha Mengetahui. :-)

No comments:

Post a Comment