Ini lah si budak ego tinggi tu. Haha dia kiri tu. Abaikan bangla kat belakang tu nahh. Okay bye...
Friday, 16 January 2015
I really miss you, cousin..
Haaa kau nampak title? Haaa tapi jangan la ada orang cakap yang hidup aku hanya mampu terjerumus dalam rindu. Hmm tapi bila cakap pasal rindu ni, wa cakap sama luuu memang aku rindu gila cousin tiang elektrik aku sorang ni. Fia nama dia. Nama sebenar dia ialah Nurul Fitriah tapi setelah direnyukkan, dia pendekkan, di singkatkan, di balingkan, di golekkan maka jadi lah dia FIA. Waktu tu memang kami dua ekor ni minat Ya Rabbi dekat korea. Anyoonyoooo laaa. Dia pun letaklah nama facebook dia Fia Mirtzuka ngok ngek segala. Aku pun tak pahandaiii nak menyebutnyooooo. Susahnya lahaiiii~ Takdak nama lain ka hang nak letak oiii. T__T Okay berbalik pada kisah rindu dia tadi, memang semua ni salah aku. Niat sebenar hanya nak test si mangkuk hayun budak Nizam ni. Tapi disebabkan kebengongan diri sendiri dan tak berbincang apa pun dengan si Fia Nupiot. Yang aku test budak ni, Akhirnya Fia dapat tau paihtu dia boleh salah paham baqhang. Adohaiiiii. Lepastu mula laa sesi aku membisu seribu bahasa bila bertembung muka dia yang bak Intan Ladyana kononnya tuuu. Ada laa sikit dok sindir menyindir kat moments wechat. Hmm time tu geram la jugak. Selepas sindir menyindir tu aku pun tak pasti la dia block aku ka, aku block dia ka. Wallahu'Alam. Setelah habis sesi berblock tu, hiduplah aku menyepi tanpa Fia lagi. Acecece. Haha. Mulalah merindukan Mak Enon niii. Terimbau kenangan yang memang banyak kami kongsi bersama. Tido sekatil, hang bayangkan katil bujang untuk tido sorang tu.. Kami hentam tido dua orang cheq oiii. Aahahahaha. Pastu kami ni kan ala ala gedik sikit lepas kami selalu meraba raba di antara satu sama lain laaa. Biasalaa perempuan sama perempuan. No batas batas perabaaan ye. Suka hati Mak Jemah la mana aku nak raba pun ye! Lepas tu bab paling aku tak boleh lupa time pi beli baju sekolah, habis habis pilih beg dah. Lepas tu dengan muka comey aku ngan Fia pi bagi beg kat PakNgah merangkap ayah si Fia ni laaaa... Orang tua tu punya semangat nak bayar. Sekali tengok amek kau. Beg sample ni hampa nak suruh aku bayar. Dah la tempat bayar beg kat sana. Alahaiii~ Bila ingat balik sumpah lawak. Okay lepas pada sesi kami takbertegur sapa ni. Aku pun dengan kuatnya semangat aku pi laa rumah si Fia ni. Menyembang cotcitcotcit..... Dengan Yimkoi ni adik Fia yang bongsu. Sampai la ke malam. Aku tido kat rumah Fia. Hmm pada malam tu aku main ngan Aina sat. Lepas tu dukung si Aqil ni sambil dok usha usha si Fia ni. Memang dalam hati nak berbaik tapi malu ngan MakNgah dan sekelian makhluk yang menghuni dalam rumah tuuu.. Hahahaha okay malam dah larut sikit. Semua dah tido. Termasuk la makngah. PEnat menjahitkan kan. Hmmm mak ngah aku tukang jahit. Kalau nak tempah sila chat aku ya. Aku bagi diskaun. Acece. Haa time tu aku pun taktahu nak buat apa, selain main phone aku sembang ngan YimKoi si bangla ni. Sembang sembang. Tup tup dia pun lena tanpa sedarkan diri. YA Allah boring time tu hanya Allah yang tahu. Kepala ni jenguk la ke bilik Fia. Arghhh nampak lampu phone masih menyala. Comfirm tak tidoq lagi ni. Tengok kiri kanan. Line keliaaaa. Semua pun dah tidoq. Tapi time nak melangkah masuk bilik dia kaki ni jadi terkaku beb. Tapi aku gagahkan kaki pendek aku ni melangkah masuk. Time masuk tu aku damn sure yang Fia pun terkejut. Aku pun terkejut macam mana aku ada keberanian masuk kat bilik dia, bila dah masuk aku pun cakap laa. Please jangan layan aku macam ni lagi. Aku rindu hang. Aku sayang hang, takdak sorang pun yang faham aku macam hang buat. Hang tau apa Fia jawab? "Apadia?" huppphupppp. Mak aiii luluhnya. Pastu ada laa drama sikit. Aku menangis, dia pun menangis. Kami pum saling bermaafan selesai laa drama air mata tuu. Aku tak berani nak tidoq ngan dia lagi. So masuk la tidoq ngan mak ngah. Tapi keesokkan harini kami membisu seribu bahasa lagi. Alahaiiii Mak Enon oiii. Selepas beberapa hari. Siang waktu. Aku ni kan jenis bangsa yang tak berapa nak tau putus asa jugak aku pun masuk la kat bilik Fia lagi. Dia tengok aku. Aku pun kata "Jangan layan aku camni" dia nak gelak aku pun nak gelak. Dia nak tarik selimut tutup muka tapi selimut tu tersekat. Hahaha. Dia boleh dalam nada gedik kata kat aku. Aku takbaik lagi. Acecece dok bergurau semua. Dia kata kat aku. Mai internet hang sikit. Hahhaha T___T tak malu. Selepas tu ada laa mesti sikit. Dok bercakap semua. Pastu dok merancang nak hangout. Memang nak hangout ni mak aku hanya benarkan keluar dengan Fia or sepupu aku yang dah berkahwin yang lain. Lepas tu ada laa dok chat kat facebook sikit sikit. Kaku lagi laa. Acecece. Tolonglah sekelian alam doakan aku dapat kembali bersama. Haha I really love you cousin and I'm sorry.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment